Monday, April 25, 2011

Assalamualaikum...

Lama rasanya xmenaip..ujung2 sem camni bz dengan segala macam project,report, esemen yg smuanya perlukan perhatian sama rata..xsempat menjenguk ke blog sendiri...

Hari ni 25/4/2011...hari ni agak special bagiku...ada makna di sebalik tarikh ini...makna yang cukup besar..hari ni jugak aku berhadapan dgn 1st paper aku utk final exam sem 6..baru je lepas td..hmm agak xperform tp xpela..aku dah usaha sebaik mungkin..moga ada keberkatan di sebalik apa aku usahakan...amin..

Sempat aku berborak tadi dgn seorang sahabat lama aku...one of my best fren kat skolah rendah dulu..pesaing utama dlm akademik...xpernah skalipun aku berjaya naik stage utk no1 sepanjang dia blaja kat skolah aku...lega gila dia pindah skolah time darjah 3 (dulu excited je nak no 1,dapat kotak pensil besar skit) , tapi jauh di sudut hati aku, aku sgt2 merindui kawan aku ni...borak punya borak, menyentuh soal masa depan hidup...prinsipnya, cinta selepas kawin adalah jauh lebih baik...kita semua tau soal tu, cuma kita manusia biasa, yg ada naluri, dan kadang kala terbabas...tp satu ingatan dari kawan aku ni sangat jelas...

"mcm mna nak dpatkan sesuatu yg Allah redha
yg Allah tolong
kalau frm da very beginning pun Allah tak redha"
A very simple statement yg kita smua tau..kita smua blaja...tp kita smua lupa...n kdg2 amik mudah...aku pun tau benda ni..sedar benda ni...tp xdapat dinafikan, aku amik mudah benda ni...kadang2 aku berpikir sorg2...byk salah n silap yg aku wat spjg aku hidup, n most of them aku sedar tu salah...tp aku set kan minda aku, aku manusia biasa yg xdapat lari dari silap...tp dengan set minda macam tu, xberdosakah aku?dan akhirnya aku akur, salah tetap salah dan dosa tetap dosa...

Terpikir aku, mcmna nak dapat berkat ilmu kalau spnjang sem kita slalu ponteng klas tanpa sebab? mcmna nak dapat berkat mak ayah kalau hari2 kita tanya bf/gf kita makan apa sedangkan nak tanya mak masak apa hari ni pun x tertanya?

Ada rasionalnya hujah kawanku tu, betapa indah n berkatnya bercinta selepas kahwin...bak kata satu artikel yg aku pernah baca, "Jika anda memberi seribu alasan untuk bercinta sebelum berkahwin, anda perlu bersiap sedia dengan seribu jawapan utk setiap perbuatan anda sepanjang jalan pilihan anda itu"

Aku juga manusia biasa...sedang mengutip pengajaran dari pngalamanku...

Thursday, April 7, 2011

Sedetik Lebih....

Assalamualaikum....

Sudah terlalu lama rasanya jari-jemari ini tidak menari ligat di muka papan kekunci. Tiada tinta yang dilirik, tiada idea yang tercurah, tiada fikiran yang dilontar. Bukan kerana aku tidak lagi sayang akan penulisan siber, bahkan aku terlalu rindukan ia. Namun hambatan tugasan-tugasanku sebagai mahasiswa acapkali mengheretku jauh dari dunia blog ini. Walaupun blog ini menyepi seketika, ibarat nafas yang terhenti tatkala sakaratulmaut datang menjemput, namun putaran masa terus membawa seribu satu pengalaman hidup untuk diriku.

Alhamdulillah perlahan-lahan hidupku kembali normal. Hasil berkat doaku siang malam, panjatan doa sahabat2ku dan keluargaku terutamanya ibu bapaku, Alhamdulillah mata yang kabur dengan realiti kehidupan itu mulai celik. Keterlaluanlah untuk mengatakan doaku sudah termakbul, sudah semestinya itu bukan dalam nilaianku, namun perlahan2 aku mula melihat dunia dari dimensi yang berbeza. Ahh, masih jauh perjalananku, masih terlalu mentah untuk betul2 mengenal dunia, mengenal isinya. Moga Allah permudahkan.

Aku lahir ke dunia dari rahim seorang wanita bernama Nur Haryati binti Hashim hasil perkongsian hidupnya bersama seorang jejaka tampan bernama Mohamad Marzuki bin Abdullah. Kedua2 manusia ini terlalu besar ertinya bagiku. Ke mana langkahku selepas kehidupan ini, tersangat besar pergantungannya terhadap dua manusia ini. Redha mereka adalah segalanya untuk hidupku. Dulu aku gila, hampir2 berfikir mahu menamatkan riwayatku sendiri kerana tekanan, hampir2 mencelakakan dan mensia2kan seluruh hidupku dek rapuhnya pegangan agama. Namun potrait dua manusia inilah yang mnyuntik kembali kewarasan di fikiranku. Bukan berkongsi untuk menunjukkan kebodohanku (walaupun mmg bodoh pun), tetapi sebagai iktibar penyuluh jalan di fasa gelap kehidupan insan.

Bukan jalanku untuk membuka aib sesiapa, apatah lagi menyalahkan itu dan ini untuk semua yang terjadi. Bagiku, angin kering musim tengkujuh sudah lama meniup pergi debuan dendam kesumat dalam diri ini. Kepada sahabatku yang mungkin berjauh hati dengan soalan2ku semalam, seribu kemaafan aku pohon. Tiada lain niatku melainkan ingin mencari kebenaran. Andai salah perkhabaran yang kudengar, alhamdulillah..namun andai ada fitnah berlaku, aku maafkan semuanya..sesungguhnya,sebagai sahabat,aku sayangkan kamu..maaf andaikata menyinggung. Moga persahabatan kita kekal selamanya.

Malam berganti siang, bulan berganti matahari, aturan Allah yang terus berputar, beredar mengikut ketetapan-Nya. Bila dihitung2 hari, hampir saja kakiku mencecah ke alam 'final year'. Kalau dulu bila saja terpandang abang2 senior final year, terdetik satu macam aura kaget dan kagum melihat orang2 yang berjaya survive...memang..memang xmudah untuk survive..peritnya hanya orang2 yang pernah lalui saja yang dapat gambarkan. Moga aku dan sahabat2 seperjuanganku berjaya graduate bersama2...InsyaAllah..

Kepada seorang insan yang amatku sanjung, moga hidupmu dilingkari rahmat Allah. Sebagai manusia, aku sayang padamu. Moga dirimu bahagia di samping sesiapa sahaja yang selayaknya untukmu. InsyaAllah aku sentiasa doakan kebaikanmu.

Dah penat wat ayat novel, nak switch lak ayat kampung skit..huhu...skrg aku jadi gila men monopoly tiba2..maybe sebab bengang ada budak sorg ni duk canang dia la juara monopoly kat umah sewa dia..disebabkan nak makan McD free, terpaksala aku spend sehari sejam untuk berlatih..i'll make sure u bankrap nanti zaty...bankrap monopoly + bankrap kena blnja McD...hahhaha...sapa suruh berani sangat lawan jaguh...hahaha..

Mata dah ngantuk, leher dah lenguh, perut dah bunyi...tanda2 besar kena masuk tido...nitezzzzz.....Assalamualaikum...