Thursday, November 24, 2011

AKU TERIMA NIKAHNYA

Assalamualaikum...

Merangkak perlahan-lahan menghabiskan bacaan sesebuah buku bukanlah kebiasaan saya, selalunya novel atau makalah ilmu setebal 1000 mukasurat pun mampu dihabiskan dalam 3 4 hari..namun itulah kehidupan pelajar tahun akhir, dihimpit seribu satu bebanan, bebanan tanggungjawab juga kekangan masa...projek,tugasan,kuiz dan kehidupan peribadi semuanya menuntut belaian sama rata..namun Alhamdulillah, hati masih sempat perlahan-lahan menghadam isi-isi huraian buku "Aku Terima Nikahnya" ini..

Buku nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ini sudah lama rasanya dicadangkan pembacaannya oleh sahabat karibku SHAI, yang kebetulan pernah membantu Ustaz Hasrizal dalam beberapa siri program kaunseling keluarga namun baru minggu lepas berkesempatan meminjam buku ini dari teman serumah..belum lagi menoktahkan bacaan,tetapi ada beberapa aspek menarik yang boleh kita sama-sama hayati dari tinta pengalaman Ustaz Hasrizal..

Siapa dari kita yang dapat menafikan melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima?Saya jamin, kita membayangkan yang indah-indah, hidup bagaikan puteri menunggu kasih sang puteranya tanpa sedar realiti sebenarnya jauh berbeza..bukan salah memasang angan, namun perlu sedar di mana memijak! Tiada suami mahupun isteri yang sempurna,apatah lagi sesempurna impian kita..melihat perkahwinan sebagai medan menerima, akan memerangkap kita dalam sangkar gelisah, resah dalam meminta-minta..jadi ikatkanlah hubungan atas dasar ingin memberi..itu akan menyedarkan kita akan tanggungjawab memainkan PERANAN, bukan sekadar menuntut HAK yang tak kan pernah berkesudahan..bunyinya memang susah,bukan dalam sekelip mata kita boleh menjadi manusia pemurah tanpa mempedulikan haknya..hak tetap hak namun harumnya toleransi itu akan hadir jika cinta yang dipupuk itu berdiri atas dasar MEMBERI...bukankah sifat seorang hamba itu selalu MEMBERI?

Bukan mudah mengenal apa itu cinta dan apa itu CINTA..kita sering mendengar nasihat "hang muda lagi,abiskan belajaq dulu baru bercinta!", tanpa rasional yang jelas di sebalik nasihat itu..lumrah manusia inginkan sesuatu yang jelas!


Yup..ini jawapannya...nampak menakutkan..nampak x rasional di mata sahabat-sahabat yang sedang enak bercinta...malah sahabat saya yang baru berkahwin setahun pun menidakkan kewujudan JEMU dalam perkahwinan beliau..ini adalah putaran emosi yang normal, wujud secara berperingkat dalam setiap hubungan, namun bila dan bagaimana ia berlaku adalah berbeza-beza...dalam perkahwinan, umumnya tahun pertama dan kedua sesuatu hubungan penuh dengan cerita cinta..indah dan bahagia ditambah dengan kehadiran cahaya mata..namun menjengah tahun ketiga dan keempat, olengan bahtera itu mula berubah..banyak terjadi si suami mudah naik marah terhadap si isteri, dan si isteri pula tertekan dengan sikap sebenar si suami...

Bunyinya menakutkan namun itu adalah proses biasa..pada awal perkahwinan, hubungan itu didominasi romantika..fokusnya hanyalah terhadap pasangan..bila hadirnya anak pertama, fokus itu terpaksa mula diubahsuai..ditambah dengan kehadiran anak kedua, fokus itu terpaksa diubahsuai sekali lagi..ketika itu romantika mula diganti tanggungjawab dan tugas..namun itu proses biasa, kerana perkahwinan itu ikatan antara cinta, kasih, tanggungjawab dan tugas! ketika pasangnya air, cinta memainkan peranan..surutnya air, tanggungjawab pula mengambil tugas..

Namun yang menyelamatkan pasang surut air itu ialah berlakunya ia di dalam ikatan perkahwinan..pasangan yang berkenalan sejak di awal remaja juga akan melalui proses sama, bezanya ia berlaku di luar perkahwinan..surutnya air tadi tidak diiringi tanggungjawab dan komitmen, lantas cenderung memutuskan sesuatu hubungan...komitmen atas angin yang tidak disegerakan kepada perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan emosi bernama jemu...nah, itulah rasionalnya!

Tetapi ini bukan alasannya untuk memutuskan sesebuah hubungan...rasional lah dalam menyingkir hasutan-hasutan emosi..ini bukan ketetapan nas..jika yakin pasangan itu cukup beragama, atau yang lebih penting 'willing to learn', maka terimalah seadanya...fikirkanlah perancangan untuk menjaga hubungan itu, dan bersederhanalah dalam bercinta...ingat, JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH..

Terimalah pasangan kita seadanya..kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai...carilah yang sentiasa MAHU beragama..bukan sekadar TAHU agama, apatah lagi yang bukan kedua-duanya...


~1.04 pm 24/11/11 ~

2 comments:

  1. Kata seorang ustazah di UniSZA,''Mengapa waktu bcinta semua indah dan bila dh kawen jd jemu?'' Sebab bila bcinta tanpa ikatan yg halal, syaitan yg memperindahkan. Tapi bila dh kawen mnjadi halal, syaitan jg yg memperjemukn dan memperburukkan apa yg halal...Jadi,plhn dr Allah mlalui istikharahlah yg membantu kita menerima pasangan dgn seadanya sbb itulah pilihan terbaik Allah utk kita. Dan kita akn redha dgn pilihanNya sbb kita cinta akan Allah...

    ReplyDelete
  2. betul...tepat sekali...namun jangan mengalah dengan perasaan jemu tu...bagaimana pun jangan cepat dikaitkan dengan dosa, sebagai 'hukuman dari Allah' sedangkan itu semua rahsia-Nya..jika ada terkilaf di awalnya, segera tebus kembali..Rahmat Allah itu mendahului KemurkaanNya...namun jangan dicari Kemurkaan itu...........
    Setiap perkahwinan,xkan lepas dari JEMU...itu sifat manusia...xkira bagaimana sekalipun hubungan itu bermula...jadi,jadilah pasangan berhemah..sentiasa memikirkan jalan untuk menghangatkan cinta!:)

    ReplyDelete