Sunday, December 18, 2011

Hari Cerah Itu Untuk Mereka Yang Mensyukuri Turunnya Hujan

Assalamualaikum...lama benar rasanya x menaip...

Beberapa hari lepas Allah turunkan ujian kecil buatku...dalam saat2 genting penghujung semester, yg mana kita tau sangat2 padat dengan tarikh2 akhir penghantaran tugasan, padat dengan kerja2 projek ilmiah, Allah mengirimkan aku demam...walaupun hanya demam, namun terlantar 5hari tanpa berbuat apa2 sangat menggugah pemikiran...namun, Allah yang menurunkan ujian, Allah jugak yg mngeluarkan kita dari ujian itu...sebagai manusia, kita hanya perlu bersabar dan berusaha mngatasi...cuma itu kudrat kita, dan Allah xmeminta lebih dari itu...:)

Sekarang, sahabatku pula diuji demam...seharian berselimut tebal di hamparan, langsung xmenjamah kecuali beberapa keping biskut...get well soon bro..may Allah protects u...

Ingin berkongsi satu pengalaman yang kukutip semalam, pngalaman berkongsi kisah hidup dengan seorang pakcik Yamanese dlm tren dlm perjalanan pulang ke UM..agak terkejut dan membingungkan apabila secara tiba2 seorang pakcik foreigner lingkungan 40-an berkongsi cerita tentang POLIGAMI..pakcik ni Rafii namanya, dah hampir 10tahun berpoligami...ceritanya bermula apabila keluarganya mnjodohkannya dengan seorang perempuan Yamanese kampungnya, tua 2tahun dari pakcik ni..isteri pertama pakcik ni seorg pensyarah agama kat sbuah kolej di daerah diorg..

3tahun bahagia berkongsi hidup, perkahwinan diorg mula dingin...dingin itu muncul kerana ketidakseimbangan sosioekonomi pasangan, di mana pakcik ni cuma ambil upah buat alat muzik (xsure alat muzik ape dia sebut semalam)...ringkasnya, pakcik ni rasa rendah diri dengan status isterinya...tahun 5 perkahwinan diorang, dia mngahwini sorang gadis yg muda 10tahun darinya sebagai isteri kedua...belum smpat bercerita panjang, pakcik ni turun kat bandar tasik selatan...kempunan nak tnya, alasan sebenar dia berpoligami walaupun dia bukan dalam kategori mampu...

Kisah ni skali lagi mngnggu pemikiranku terhadap aturan sunnatullah dlm perkahwinan...uncle tu keep stressing yg dia sgt2 bahagia dgn wife pertamanya, wife dia seorang isteri yg solehah dan taat...jadi apa yg mngubah kasih uncle ni?

Tidak...aku yakin kasihnya xberubah...uncle ni cuma nakkan superiority, sesuai dengan fitrah suami ingin mendominasi...status stabil isteri, ditambah dengan usia isteri yang lebih matang, secara xsedar mewujudkan konflik dalaman yg berperang dalam emosi uncle ni...rasa mahu mendominasi mendorong uncle ni berpoligami, dan mencari gadis yg lebih muda memenuhi rasa ingin memimpin yang total..suami mana yang xsuka jika isteri bergantung kepadanya, suami mana yg xsuka dia lebih stabil dari isterinya...itu memberi kelebihan emosi buatnya...

Jadi, adakah berkahwin dengan gadis lebih tua bakal menjadi barah keluarga?semestinya terlalu subjektif utk dijawab..lelaki juga perlukan isteri yang matang, yang mampu mnguruskan rumah tangga, yang bersandar ke bahu suami namun mampu juga menjadi tempat bersandar anak2...di situ perlukan check n balance, perlukan isteri memahami emosi semulajadi suami..siapa juga suamimu, dia tetap lelaki biasa...

Namun perlu diingat, poligami bukanlah satu pintu keluar dari pertembungan emosi diri..suami, bahagiakanlah dirimu dengan seorang isteri...yup poligami itu satu sunnah, namun bukan kelebihan sunnah satu2nya yg perlu difikirkan, yang lebih besar isunya ialah, mampukah kamu membentuk isteri2mu?mngejar sunnah jangan smpai ada salah seorang isterimu menjadi pnyebab terhalangnya langkahmu ke syurga...

4 comments:

  1. mungkin ada sebabnya. cerita tak abes kan. ;)
    isu poligami. baru semalam roomate abc ada tnya, apa perasaan abc kalau suami abc berpoligami. tak tahu nak menjawab apa, even pernah buat forum pasal isu ini. erm... soalan yang payah nak jawab.

    ReplyDelete
  2. hadith payung bukan hadith sahih.
    blog fatimah syarha ada cerita pasal nih.
    http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/07/jumhur-ulama-poligami-cuma-rukhsah.html

    ReplyDelete
  3. wow....input baru yg menyanggah pendapat...thanks SHAI!!

    ReplyDelete