Friday, January 18, 2013

Alam Baru

Assalamualaikum,

Ya Allah..lamanya xupdate blog ni...alhamdulillah syukur hidup yang Allah anugerahkan ni sangat indah untuk diterjemahkan..my last update was bubbling mumbling about my final semester, but now, here I am, wearing a PPE walking on site!!

Yeah, sape sangka cover pic aku untuk blog ni (pic of me standing at beach) enjoying view of Laut China Selatan two years ago, which I never taught of looking at it again, being my hobby right now. Alhamdulillah rezeki Allah membawaku ke Paka, mencari permulaan hidup di negeri cantik nan makmur, Terengganu Darul Iman..

I started my career here 3months ago, yup hari ni genap 3bulan aku keje kat sini (eh2 minggu depan gaji!!). Kat sini aku sewa umah teres kat Taman Murni Perdana, Paka, bersama dua orang teman se-universiti. Sorang satu ofis dengan aku, sorang lagi keje OPU lain. Umah sangat dekat dengan plant kitorang which bleh nampak flare plant dari umah kitorang. Naik moto dalam 10 minit je..memang jimat..huhu..

Hidup di Paka sangat2 berbeza dengan kehidupan aku kat UM..kat UM, cara hidupnya lain, cara lepaknya lain, cara enjoynya lain..kalau dulu kitorang lepak mapley pkul 2 pagi, kat sini xde mapley..huhu..pendek kata, sini actually kehidupan bersukan..bersukan la sangat aku kan, pegang raket pun baru 2 3 kali kat sini..hahaha...nak wat gena, balik keje letey bohh...

Alhamdulillah rezeki Allah membawaku ke sini..syukur atas ehsanNya, aku dapat mengenali komuniti baru kat sini. Kawan bertambah, ilmu bertambah, ukhwah bertambah...bergelumang dalam alam pekerjaan, aku berasa sangat terhutang budi dengan ayah aku..baru aku kenal apa ertinya susah payah mencari rezeki..Masih aku teringat, kala aku meredah hujan lebat balik dari ofis pukul 1 pagi, aku menangis dalam hujan tu..menangis bukan kerana ujian Allah, tapi menangis kerana terasa betapa susahnya ayah membesarkan aku dulu...betapa masih jauh lagi aku dari membalas segala pengorbanan ayah..sampai ke akhir nyawa xkan mampu aku balas..Allahh...

Haa sebut pasal meredah hujan, actually gf aku (motor kriss cumel) pun aku bawak datang Paka...hahaha jauh bebenor moto ni merantau...sama2 cari rezeki katakan...we'll have sweet moments here together...

No comments:

Post a Comment