Friday, November 25, 2011

Takdir Allah Menetapkan Kita Berbeza!!

Assalamualaikum....

Abang saya pernah membisikkan,"kita ada sense yang sama..orang cenderung menceritakan masalah jiwa kat kita"...

Olahan dari pelbagai masalah jiwa yang pernah sahabat-sahabat saya kongsikan, termasuk juga kegalauan saya sendiri..saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu, sesuatu yang saya sendiri xpernah sedar sebelum ni, sesuatu yang mungkin kebanyakan kita pernah alami..:)

Dilema seorang wanita terhadap lelaki yang paling besar ialah lelaki selalu gagal mendengar..sama ada mendengar nasihatnya ataupun mendengar masalah-masalahnya..lelaki selalunya akan ambil lewa dengan masalahnya yang dianggap remeh ataupun dengan cepat mengusulkan jalan penyelesaian supaya wanita tersebut berasa lega..namun bukan itu yang wanita harapkan, akibatnya si lelaki akan berasa xdihargai..konflik ini adalah biasa, di mana akhirnya wanita akan tertekan dan menganggap si lelaki tidak lagi mempedulikannya..si lelaki pula akan berasa putus asa untuk 'membantu'...

Dilema seorang lelaki pula adalah apabila sentiasa merasakan wanita ingin mengubah mereka..salah satu sifat wanita ialah apabila mereka menyintai seseorang, mereka berasa bertanggungjawab dalam membantu si lelaki menaikkan imej dan mutu hidup si lelaki, bermula dari cara berjalan sehinggalah hal-hal kerja..sedangkan lelaki mahukan penerimaan wanita terhadap dirinya...sekuat manapun lelaki menolak, wanita akan tetap cuba 'membantu'..

Dilema yang nampak ringan, enteng namun inilah punca terbesar sekecil-kecil pergeseran sehinggalah ke sebesar-besar pergaduhan..inilah juga salah satu punca JEMU yang saya sebut dalam entry sebelum ini...kegagalan wanita memahami emosi lelaki dan lelaki memahami emosi wanita memburukkan lagi keadaan...sekarang, kita kenal dulu siapa itu LELAKI..

Nilai paling besar dalam hidup lelaki ialah kuasa, persaingan, kecekapan dan kejayaan..dalam apa sahaja yang lelaki lakukan, mereka mahu buktikan kemampuan diri..harga diri mereka terletak atas kemampuan mereka mencipta kejayaan...kuasa dan kemahiran adalah mutlak dalam erti persaingan bagi mereka..apa saja yang mereka lakukan, baik dari segi komunikasi mahupun pemakaian, semuanya perlu melambangkan keupayaan mereka untuk bersaing...lelaki lebih berminat dengan Objek dan Benda daripada Manusia dan Perasaan...dalam mencipta kejayaan, prinsip paling utama bagi lelaki ialah BERDIKARI..bagaimana sukarpun sesuatu itu, lelaki lebih rela bermandi darah daripada meminta bantuan orang lain..itu maruah baginya..autonomi baginya ialah simbol persaingan,kejayaan dan maruah..

Mengenal siapa sebenarnya lelaki membantu wanita memahami mengapa lelaki begitu berasa terganggu tatkala mereka mahu 'membantu'..memberi nasihat, apatah lagi memaksa menerima nasihat, adalah umpama menganggap lelaki tidak boleh berfikir, tidak boleh menyelesaikan masalah sendiri..ini sangat-sangat sensitif bagi seorang lelaki, kerana ia berkaitan dengan isu kemampuan diri..sekali lagi, maruah dan ego adalah harga diri mereka...kecenderungan menyelesaikan masalah sendiri menyebabkan lelaki sangat-sangat jarang menceritakan masalah mereka walaupun kepada pasangan sendiri..meminta nasihat hanya menunjukkan kelemahan diri..lelaki akan menyimpan masalah mereka, kecuali mereka memerlukan nasihat dari orang yang mereka hormati, selalunya seorang lelaki juga...so, when men talk about their problem, it is an invitation of an advice..

Lelaki yang diminta nasihatnya itu pula akan berbesar hati untuk mendengar dan memberi nasihat..

Nah, inilah sebabnya lelaki cenderung ingin menyelesaikan masalah wanita..setiap kali wanita inginkan seseorang untuk mendengar, sekadar mendengar, lelaki akan salah faham bahawa wanita tersebut inginkan nasihat..lelaki akan cepat-cepat pakai topi Mr Fix-It dan mula memberikan nasihat..itu untuk menunjukkan rasa ambil beratnya..lelaki mahu jadi berguna di mata wanita kerana itu egonya..kemampuannya memberi nasihat diharapkan mampu menaikkan statusnya di mata wanita...malangnya bukan itu yang wanita mahukan! si lelaki akan mula berasa tertekan, blur, dan rasa xberguna..lelaki tidak memahami yang kesediaannya mendengar dengan minat adalah satu-satunya yang dimahukan wanita...lelaki tidak tahu, when women talk about their problem, it is not an invitation of an advice..

Buat lelaki, sekarang mari kita kenal siapa WANITA..

Dalam hidup seorang wanita, kasih sayang, keindahan, komunikasi dan hubungan adalah tunjang kehidupan mereka...harga diri mereka ialah mengambil berat dan diambil berat..maruah mereka ialah perasaan dan kualiti hubungan...tidak seperti lelaki, mereka lebih mengutamakan perkongsiaan perasaan dan emosi daripada matlamat kejayaan..di kala kebanyakan lelaki lebih suka mengenakan uniform untuk melambangkan kuasa dan kerjaya, mereka lebih suka mengenakan pakaian yang berbeza-beza mengikut aliran emosi harian..DAPAT BERKONGSI PERASAAN ADALAH SATU KEPUASAN BAGI WANITA..

Inilah yang lelaki gagal faham..bagaimana puasnya lelaki ketika Fakri menjaringkan gol menentang Myanmar, atau kepuasan setiap kali Thamilarasu berjaya mendapatkan throw-in, begitu jugalah kepuasan wanita yang dapat berkongsi perasaan..

Wanita xdapat memahami kenapa lelaki berasa terlalu ego untuk menerima nasihat, kerana wanita selalu berasa disayangi bila seseorang membantu dalam masalahnya...

Bagi wanita, memberi nasihat untuk seorang lelaki menaikkan imej diri adalah satu dari tanda kasihnya..tapi bagi naluri lelaki, naluri yang 'goal-oriented', jangan dibaiki sesuatu yang tidak rosak.."don't fix it until it is broken"...jadi setiap kali wanita ingin memberi nasihat untuk menaikkan imej lelaki, si lelaki menerima mesej yang kurang tepat, bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengannya...kegagalan wanita memahami konsep ini mungkin mencalarkan ego si lelaki...

Ini adalah antara perbezaan-perbezaan emosi antara lelaki dan wanita..semua kita tahu Allah xjadikan lelaki dan wanita itu sama, namun xsemua sedar perbezaan-perbezaan emosi ini...inilah punca keberantakan sesuatu hubungan, yang akhirnya mengutus penceraian..InsyaAllah dalam entry-entry mendatang, kita akan sama-sama lihat bagaimana perbezaan-perbezaan ini dapat diraikan dalam mengharumkan sesebuah hubungan...:)


~ 8.04 pm 25/11/2011 ~

2 comments:

  1. macam baca tips dalam majalah! ^^

    susah nak faham manusia lain. sama jantina or lain jantina.

    kadang perempuan juga terasa dirinya ingin diubah oleh si lelaki, dan itu membuat perempuan merasa rendah diri. ;)

    pengalaman akan mematangkan kita dalam menjalani suatu perhubungan. insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. yup...just amik ni sebagai panduan...coz conflicts do happen...ini secara general, ada ketikanya we tend to be the opposite..

    ReplyDelete