Assalamualaikum...lama benar rasanya x menaip...
Beberapa hari lepas Allah turunkan ujian kecil buatku...dalam saat2 genting penghujung semester, yg mana kita tau sangat2 padat dengan tarikh2 akhir penghantaran tugasan, padat dengan kerja2 projek ilmiah, Allah mengirimkan aku demam...walaupun hanya demam, namun terlantar 5hari tanpa berbuat apa2 sangat menggugah pemikiran...namun, Allah yang menurunkan ujian, Allah jugak yg mngeluarkan kita dari ujian itu...sebagai manusia, kita hanya perlu bersabar dan berusaha mngatasi...cuma itu kudrat kita, dan Allah xmeminta lebih dari itu...:)
Sekarang, sahabatku pula diuji demam...seharian berselimut tebal di hamparan, langsung xmenjamah kecuali beberapa keping biskut...get well soon bro..may Allah protects u...
Ingin berkongsi satu pengalaman yang kukutip semalam, pngalaman berkongsi kisah hidup dengan seorang pakcik Yamanese dlm tren dlm perjalanan pulang ke UM..agak terkejut dan membingungkan apabila secara tiba2 seorang pakcik foreigner lingkungan 40-an berkongsi cerita tentang POLIGAMI..pakcik ni Rafii namanya, dah hampir 10tahun berpoligami...ceritanya bermula apabila keluarganya mnjodohkannya dengan seorang perempuan Yamanese kampungnya, tua 2tahun dari pakcik ni..isteri pertama pakcik ni seorg pensyarah agama kat sbuah kolej di daerah diorg..
3tahun bahagia berkongsi hidup, perkahwinan diorg mula dingin...dingin itu muncul kerana ketidakseimbangan sosioekonomi pasangan, di mana pakcik ni cuma ambil upah buat alat muzik (xsure alat muzik ape dia sebut semalam)...ringkasnya, pakcik ni rasa rendah diri dengan status isterinya...tahun 5 perkahwinan diorang, dia mngahwini sorang gadis yg muda 10tahun darinya sebagai isteri kedua...belum smpat bercerita panjang, pakcik ni turun kat bandar tasik selatan...kempunan nak tnya, alasan sebenar dia berpoligami walaupun dia bukan dalam kategori mampu...
Kisah ni skali lagi mngnggu pemikiranku terhadap aturan sunnatullah dlm perkahwinan...uncle tu keep stressing yg dia sgt2 bahagia dgn wife pertamanya, wife dia seorang isteri yg solehah dan taat...jadi apa yg mngubah kasih uncle ni?
Tidak...aku yakin kasihnya xberubah...uncle ni cuma nakkan superiority, sesuai dengan fitrah suami ingin mendominasi...status stabil isteri, ditambah dengan usia isteri yang lebih matang, secara xsedar mewujudkan konflik dalaman yg berperang dalam emosi uncle ni...rasa mahu mendominasi mendorong uncle ni berpoligami, dan mencari gadis yg lebih muda memenuhi rasa ingin memimpin yang total..suami mana yang xsuka jika isteri bergantung kepadanya, suami mana yg xsuka dia lebih stabil dari isterinya...itu memberi kelebihan emosi buatnya...
Jadi, adakah berkahwin dengan gadis lebih tua bakal menjadi barah keluarga?semestinya terlalu subjektif utk dijawab..lelaki juga perlukan isteri yang matang, yang mampu mnguruskan rumah tangga, yang bersandar ke bahu suami namun mampu juga menjadi tempat bersandar anak2...di situ perlukan check n balance, perlukan isteri memahami emosi semulajadi suami..siapa juga suamimu, dia tetap lelaki biasa...
Namun perlu diingat, poligami bukanlah satu pintu keluar dari pertembungan emosi diri..suami, bahagiakanlah dirimu dengan seorang isteri...yup poligami itu satu sunnah, namun bukan kelebihan sunnah satu2nya yg perlu difikirkan, yang lebih besar isunya ialah, mampukah kamu membentuk isteri2mu?mngejar sunnah jangan smpai ada salah seorang isterimu menjadi pnyebab terhalangnya langkahmu ke syurga...
Sunday, December 18, 2011
Friday, November 25, 2011
Takdir Allah Menetapkan Kita Berbeza!!
Assalamualaikum....
Abang saya pernah membisikkan,"kita ada sense yang sama..orang cenderung menceritakan masalah jiwa kat kita"...
Olahan dari pelbagai masalah jiwa yang pernah sahabat-sahabat saya kongsikan, termasuk juga kegalauan saya sendiri..saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu, sesuatu yang saya sendiri xpernah sedar sebelum ni, sesuatu yang mungkin kebanyakan kita pernah alami..:)
Dilema seorang wanita terhadap lelaki yang paling besar ialah lelaki selalu gagal mendengar..sama ada mendengar nasihatnya ataupun mendengar masalah-masalahnya..lelaki selalunya akan ambil lewa dengan masalahnya yang dianggap remeh ataupun dengan cepat mengusulkan jalan penyelesaian supaya wanita tersebut berasa lega..namun bukan itu yang wanita harapkan, akibatnya si lelaki akan berasa xdihargai..konflik ini adalah biasa, di mana akhirnya wanita akan tertekan dan menganggap si lelaki tidak lagi mempedulikannya..si lelaki pula akan berasa putus asa untuk 'membantu'...
Dilema seorang lelaki pula adalah apabila sentiasa merasakan wanita ingin mengubah mereka..salah satu sifat wanita ialah apabila mereka menyintai seseorang, mereka berasa bertanggungjawab dalam membantu si lelaki menaikkan imej dan mutu hidup si lelaki, bermula dari cara berjalan sehinggalah hal-hal kerja..sedangkan lelaki mahukan penerimaan wanita terhadap dirinya...sekuat manapun lelaki menolak, wanita akan tetap cuba 'membantu'..
Dilema yang nampak ringan, enteng namun inilah punca terbesar sekecil-kecil pergeseran sehinggalah ke sebesar-besar pergaduhan..inilah juga salah satu punca JEMU yang saya sebut dalam entry sebelum ini...kegagalan wanita memahami emosi lelaki dan lelaki memahami emosi wanita memburukkan lagi keadaan...sekarang, kita kenal dulu siapa itu LELAKI..
Nilai paling besar dalam hidup lelaki ialah kuasa, persaingan, kecekapan dan kejayaan..dalam apa sahaja yang lelaki lakukan, mereka mahu buktikan kemampuan diri..harga diri mereka terletak atas kemampuan mereka mencipta kejayaan...kuasa dan kemahiran adalah mutlak dalam erti persaingan bagi mereka..apa saja yang mereka lakukan, baik dari segi komunikasi mahupun pemakaian, semuanya perlu melambangkan keupayaan mereka untuk bersaing...lelaki lebih berminat dengan Objek dan Benda daripada Manusia dan Perasaan...dalam mencipta kejayaan, prinsip paling utama bagi lelaki ialah BERDIKARI..bagaimana sukarpun sesuatu itu, lelaki lebih rela bermandi darah daripada meminta bantuan orang lain..itu maruah baginya..autonomi baginya ialah simbol persaingan,kejayaan dan maruah..
Mengenal siapa sebenarnya lelaki membantu wanita memahami mengapa lelaki begitu berasa terganggu tatkala mereka mahu 'membantu'..memberi nasihat, apatah lagi memaksa menerima nasihat, adalah umpama menganggap lelaki tidak boleh berfikir, tidak boleh menyelesaikan masalah sendiri..ini sangat-sangat sensitif bagi seorang lelaki, kerana ia berkaitan dengan isu kemampuan diri..sekali lagi, maruah dan ego adalah harga diri mereka...kecenderungan menyelesaikan masalah sendiri menyebabkan lelaki sangat-sangat jarang menceritakan masalah mereka walaupun kepada pasangan sendiri..meminta nasihat hanya menunjukkan kelemahan diri..lelaki akan menyimpan masalah mereka, kecuali mereka memerlukan nasihat dari orang yang mereka hormati, selalunya seorang lelaki juga...so, when men talk about their problem, it is an invitation of an advice..
Lelaki yang diminta nasihatnya itu pula akan berbesar hati untuk mendengar dan memberi nasihat..
Nah, inilah sebabnya lelaki cenderung ingin menyelesaikan masalah wanita..setiap kali wanita inginkan seseorang untuk mendengar, sekadar mendengar, lelaki akan salah faham bahawa wanita tersebut inginkan nasihat..lelaki akan cepat-cepat pakai topi Mr Fix-It dan mula memberikan nasihat..itu untuk menunjukkan rasa ambil beratnya..lelaki mahu jadi berguna di mata wanita kerana itu egonya..kemampuannya memberi nasihat diharapkan mampu menaikkan statusnya di mata wanita...malangnya bukan itu yang wanita mahukan! si lelaki akan mula berasa tertekan, blur, dan rasa xberguna..lelaki tidak memahami yang kesediaannya mendengar dengan minat adalah satu-satunya yang dimahukan wanita...lelaki tidak tahu, when women talk about their problem, it is not an invitation of an advice..
Buat lelaki, sekarang mari kita kenal siapa WANITA..
Dalam hidup seorang wanita, kasih sayang, keindahan, komunikasi dan hubungan adalah tunjang kehidupan mereka...harga diri mereka ialah mengambil berat dan diambil berat..maruah mereka ialah perasaan dan kualiti hubungan...tidak seperti lelaki, mereka lebih mengutamakan perkongsiaan perasaan dan emosi daripada matlamat kejayaan..di kala kebanyakan lelaki lebih suka mengenakan uniform untuk melambangkan kuasa dan kerjaya, mereka lebih suka mengenakan pakaian yang berbeza-beza mengikut aliran emosi harian..DAPAT BERKONGSI PERASAAN ADALAH SATU KEPUASAN BAGI WANITA..
Inilah yang lelaki gagal faham..bagaimana puasnya lelaki ketika Fakri menjaringkan gol menentang Myanmar, atau kepuasan setiap kali Thamilarasu berjaya mendapatkan throw-in, begitu jugalah kepuasan wanita yang dapat berkongsi perasaan..
Wanita xdapat memahami kenapa lelaki berasa terlalu ego untuk menerima nasihat, kerana wanita selalu berasa disayangi bila seseorang membantu dalam masalahnya...
Bagi wanita, memberi nasihat untuk seorang lelaki menaikkan imej diri adalah satu dari tanda kasihnya..tapi bagi naluri lelaki, naluri yang 'goal-oriented', jangan dibaiki sesuatu yang tidak rosak.."don't fix it until it is broken"...jadi setiap kali wanita ingin memberi nasihat untuk menaikkan imej lelaki, si lelaki menerima mesej yang kurang tepat, bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengannya...kegagalan wanita memahami konsep ini mungkin mencalarkan ego si lelaki...
Ini adalah antara perbezaan-perbezaan emosi antara lelaki dan wanita..semua kita tahu Allah xjadikan lelaki dan wanita itu sama, namun xsemua sedar perbezaan-perbezaan emosi ini...inilah punca keberantakan sesuatu hubungan, yang akhirnya mengutus penceraian..InsyaAllah dalam entry-entry mendatang, kita akan sama-sama lihat bagaimana perbezaan-perbezaan ini dapat diraikan dalam mengharumkan sesebuah hubungan...:)
~ 8.04 pm 25/11/2011 ~

Thursday, November 24, 2011
AKU TERIMA NIKAHNYA
Assalamualaikum...
Merangkak perlahan-lahan menghabiskan bacaan sesebuah buku bukanlah kebiasaan saya, selalunya novel atau makalah ilmu setebal 1000 mukasurat pun mampu dihabiskan dalam 3 4 hari..namun itulah kehidupan pelajar tahun akhir, dihimpit seribu satu bebanan, bebanan tanggungjawab juga kekangan masa...projek,tugasan,kuiz dan kehidupan peribadi semuanya menuntut belaian sama rata..namun Alhamdulillah, hati masih sempat perlahan-lahan menghadam isi-isi huraian buku "Aku Terima Nikahnya" ini..
Buku nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ini sudah lama rasanya dicadangkan pembacaannya oleh sahabat karibku SHAI, yang kebetulan pernah membantu Ustaz Hasrizal dalam beberapa siri program kaunseling keluarga namun baru minggu lepas berkesempatan meminjam buku ini dari teman serumah..belum lagi menoktahkan bacaan,tetapi ada beberapa aspek menarik yang boleh kita sama-sama hayati dari tinta pengalaman Ustaz Hasrizal..
Siapa dari kita yang dapat menafikan melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima?Saya jamin, kita membayangkan yang indah-indah, hidup bagaikan puteri menunggu kasih sang puteranya tanpa sedar realiti sebenarnya jauh berbeza..bukan salah memasang angan, namun perlu sedar di mana memijak! Tiada suami mahupun isteri yang sempurna,apatah lagi sesempurna impian kita..melihat perkahwinan sebagai medan menerima, akan memerangkap kita dalam sangkar gelisah, resah dalam meminta-minta..jadi ikatkanlah hubungan atas dasar ingin memberi..itu akan menyedarkan kita akan tanggungjawab memainkan PERANAN, bukan sekadar menuntut HAK yang tak kan pernah berkesudahan..bunyinya memang susah,bukan dalam sekelip mata kita boleh menjadi manusia pemurah tanpa mempedulikan haknya..hak tetap hak namun harumnya toleransi itu akan hadir jika cinta yang dipupuk itu berdiri atas dasar MEMBERI...bukankah sifat seorang hamba itu selalu MEMBERI?
Bukan mudah mengenal apa itu cinta dan apa itu CINTA..kita sering mendengar nasihat "hang muda lagi,abiskan belajaq dulu baru bercinta!", tanpa rasional yang jelas di sebalik nasihat itu..lumrah manusia inginkan sesuatu yang jelas!
Yup..ini jawapannya...nampak menakutkan..nampak x rasional di mata sahabat-sahabat yang sedang enak bercinta...malah sahabat saya yang baru berkahwin setahun pun menidakkan kewujudan JEMU dalam perkahwinan beliau..ini adalah putaran emosi yang normal, wujud secara berperingkat dalam setiap hubungan, namun bila dan bagaimana ia berlaku adalah berbeza-beza...dalam perkahwinan, umumnya tahun pertama dan kedua sesuatu hubungan penuh dengan cerita cinta..indah dan bahagia ditambah dengan kehadiran cahaya mata..namun menjengah tahun ketiga dan keempat, olengan bahtera itu mula berubah..banyak terjadi si suami mudah naik marah terhadap si isteri, dan si isteri pula tertekan dengan sikap sebenar si suami...
Bunyinya menakutkan namun itu adalah proses biasa..pada awal perkahwinan, hubungan itu didominasi romantika..fokusnya hanyalah terhadap pasangan..bila hadirnya anak pertama, fokus itu terpaksa mula diubahsuai..ditambah dengan kehadiran anak kedua, fokus itu terpaksa diubahsuai sekali lagi..ketika itu romantika mula diganti tanggungjawab dan tugas..namun itu proses biasa, kerana perkahwinan itu ikatan antara cinta, kasih, tanggungjawab dan tugas! ketika pasangnya air, cinta memainkan peranan..surutnya air, tanggungjawab pula mengambil tugas..
Namun yang menyelamatkan pasang surut air itu ialah berlakunya ia di dalam ikatan perkahwinan..pasangan yang berkenalan sejak di awal remaja juga akan melalui proses sama, bezanya ia berlaku di luar perkahwinan..surutnya air tadi tidak diiringi tanggungjawab dan komitmen, lantas cenderung memutuskan sesuatu hubungan...komitmen atas angin yang tidak disegerakan kepada perkahwinan, sering berakhir hanya disebabkan emosi bernama jemu...nah, itulah rasionalnya!
Tetapi ini bukan alasannya untuk memutuskan sesebuah hubungan...rasional lah dalam menyingkir hasutan-hasutan emosi..ini bukan ketetapan nas..jika yakin pasangan itu cukup beragama, atau yang lebih penting 'willing to learn', maka terimalah seadanya...fikirkanlah perancangan untuk menjaga hubungan itu, dan bersederhanalah dalam bercinta...ingat, JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH..
Terimalah pasangan kita seadanya..kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai...carilah yang sentiasa MAHU beragama..bukan sekadar TAHU agama, apatah lagi yang bukan kedua-duanya...
~1.04 pm 24/11/11 ~

Wednesday, November 23, 2011
twenty two............
Salam...dah lama rasanya xupdate blog ni..dah bersawang,berhabuk macam kipas bilik aku ni...aduh...but now,i'm updating it back..
Hari ni besday aku yang ke 22..alhamdulillah aku rasa ni besday aku paling best dalam hidup aku...ntah kenapa, xde hadiah sangat pun tapi besday kali ni aku rasa hadir time aku dapat hidup baru...semuanya still sama,tapi ada sesuatu yang berbeza...sesuatu yang aku sendiri xleyh explain mcmna,but i feel so grateful to have this kind of life...yup, aku blaja utk lebih mghargai hidup aku...blajar utk merasa bahagia dengan memberi,bukan sekadar menerima..belajar utk kenal erti peranan,bukan hanya tentang hak semata2...belajar utk jadi rasional,bukan hamba emotional semata2...belajar utk mengawal diri....n aku masih lagi belajar, dan bersedia utk terus belajar..proses pembelajaran ni btul2 mmbuatkan aku lebih mghargai hidup ini...
Semuanya xberlaku dgn mudah...it came through suffer n pain...besday aku yg ke-21,setahun lepas,aku smbut dlm keadaan hidup aku serabut sgt2..tp alhamdulillah,xde satu pun benda yg jadi xde sebab..cuma hikmahnya yg berhijab...satu demi satu hikmah itu terbuka, dan sekarang aku sangat bersyukur dgn perjalanan hidup ini...aku bersyukur Allah depankan aku dgn pelbagai masalah dulu...alhamdulillah...setiap satu benda yg jadi,setiap sorang orang yang muncul dlm hidup aku, semuanya datang dgn takdir Allah...takdir utk mencorakkan lukisan hidup aku skrg...smua watak2 itu penting,mereka wujud dalam perancangan Allah utk aku...
Hari ni lama betul bergayut dgn mak aku...puas rasanya dapat dgr gelak tawa mak...mak, 22tahun lepas,23/11/1989, mak menangis...menangis menahan sakit melahirkan e..tp lebih menangis kegembiraan mendengar tangis e...mak, hari ni hari kemenangan mak...e akan usaha sebaik sedaya upaya e utk pastikan e jadi investment terbaik mak kat dunia ni...e janji...dan mak xkan menangis lagi...
dah pkul 1.45am...esok subuh2..nak kena antar ajies (bukan nama sebenar) g kl sentral...nak kelik kelate naik flight keceknya...huhu..sekali lagi dia mmbuktikan dia budak paling berteknologi kat UM ni..huhuhu...jom tido...moga masih ada esok utk berjuang!

Saturday, October 1, 2011
Internship LIFE
Waktu aku taip ayat ni, dah pkul 4.24 pagi dah..smua member2 dah tdo (sembang kencang je nak function malam ni,alih2 tdo awal)..sbb takut xbgun subuh esok, so aku stay-up jela..tetibe rasa nak borak pasal aku nyer internship..actually tajuk yg memboringkan,so good to be a bed-time story for u guys..
Aku start training 16/5/2011 smpai 18/8/2011..14mggu gak la..patutnya aku wat 10minggu ja, tp dgn hensemnya aku apply utk 14weeks (ter'apply' actually)..aku wat kat Gula Padang Terap Sdn Bhd..kilang ni kilang sugar refinery,bleh tahan besar..diorg wat letrik n water treatment sendiri..so siap ada empangan utk pam air sungai ke water station...kat sini aku training kat boiler station,milling department..supervisor aku Milling Manager, En.Jamil..ni dia my supervisor..
pelik lak tgk aku sorg2 ja laki kan?huhu..shazwan lesap plak time ni..so ni la my supervisor..mr J ni tua dari ayah aku setahun..so mr J dah macam ayah aku dah..he taught me a lot..technical,admin,ethics,economy, and of coz about life..mr J byk ajar aku how he manages his family, his children and his family financial...thanks en Jamil..=)
Waktu start praktikal, aku nginap kat taman perumahan GPTSB..share umah dgn 2org dak trainee gak..hairee n fadhil..mmg style la umah ktorg,oldskool giler..2 3 ari skali msti lipan or kala jengking masuk umah..ada la skali aku duk khusyuk layan game, trase de benda men gesel2 betis aku..aku biar je,khusyuk men game la katakan..dah 10saat rasa camtu,aku kalih2 tgk kala jengking duk men betis aku..dgn hensemnya aku pun apa lagi, melompat gak la..hahaha...ni haa si gatal nak menggesel tu...
cumel kan??huhu...adela dlm 3mggu aku stay kat umah tu b4 pindah duk umah abg aku kat k.nerang,lebih kurg 10min dari GPTSB..aku teman abg aku sbb dia duk sorg, kak ipar aku stay kat umah mak kak ipar aku kat penang utk pantang..mmg jd org bujang la kami dua...huhu..dah lama aku xlepak dgn abg aku camtu,best2...dulu waktu aku pasum n abg aku final year medic (dua2 kami kat UM), slalu la lepak2 camtu...nostalgia beb...
Kat GPTSB ni ramai trainee termasuk dak2 diploma,sijil n degree..smua diletakkan di pelbagai department termasuk process,instrument,electrical,boiler,akaun and etc..smua kami kenal 1 sama lain,slalu work together..tp yg paling rapat dgn aku, slalu lepak n wat project skali, budak2 ni haa...
ni time ktorg wat farewell lunch utk Iffah,Yati,Tikah n Raja Ruzannah..last day diorg ni..mmg style lah dpt lunch western ktorgnye HR asst manager belanja..kauw2 nya ktorg belasah...hahaha..
Ktorg mmg dah macam adik bradik..ade prob ke ape ke mmg slalu roger member2..n yg jadi otai penasihat+penaung x lain xbukan kak bija kita la..yg pkai tudung pink suka wat comey tu..hahaha..variasi latar belakang,bidang,umur,institut n skills wat kami respect each other..thanks Allah for giving me them..moga ukhuwah ni berkekalan bro n sis...
NGANTUKNYA!!!!!!
Tuesday, September 27, 2011
Sem baru...semangat baru....
Lama bebenor xupdate blog..nak taip entry cmne pun dah lupa td..today is 27sept2011..Alhamdulillah kita masih bernafas kala ini...mudah2an setiap helaan itu diiringi ingatan kepada Pencipta...Satu peringatan terhadap diri sndiri...InsyaAllah..
Sem ni bermula dgn agak kucar-kacir...dibelenggu pelbagai masalah,terutamanya tmpat berteduh..namun Alhamdulillah, selepas lebih 2mggu mencari,menyelongkar,mengintai2 akhirnya dapat jugak teratak utk melelapkan mata...insyaAllah akan berpindah masuk 2 3 ari lagi...kredits utk kwn2 yg bagi tumpang mnginap dalam 2 mggu ni...thanks sgt2..kisah ni akan aku citerkan kat anak2 aku nanti...jerit perih mencari umah sewa area UM..huhu..thanks frenz...=)
Baru2 ni aku g konvo member UKM..hyedah ni org yg byk motivate aku slama aku
down,berperang dgn pelbagai masalah..wlaupun dia xdpt tolong aku direct, but stiap satu nasihat2 dia was really inspiring me..wlaupun dalam masa yg sama dia sendiri ada byk probs...Thanks Allah for giving me such a great fren..there she is, together with her frens..
kat konvo ni jugak aku lepak dgn my bff, ahmad muhammad...nostalgia lama tol jmpa mamat sorg ni..nasib bek ramai org,klo x aku mmg dah peluk cium dia...ahmad, trus trang aku rindu sgt2 kat ang..xtau camna nak gambar perasaan waktu berdepan dgn ang setelah bertahun2 xjmpa...seriously, i really miss our moments ahmad...masak megi sama2,stdy sama2,g bazar sama2(ang muntah2 sbb xlarat jalan balik..haha),wat penderaan seksual kat ibam sama2,ponteng klas jatidiri sama2..byk giler kowt...they still fresh in my memory...kepada member2 ahmad yg lepak skali (aku mmg fail bab2 igt nama org), keep in touch k..thanks ngantar g ktm...=)
hope kita akan jumpa lagi...nanti dtg konvo UM la weih...i'll sure take u around...layan ABC kat gerai persatuan mahasiswa kedah jom!!(ABC cam bancuh simen tahun lepas..keras giler..)..
may Allah bless your life Haida n Ahmad...
Monday, April 25, 2011
Assalamualaikum...
Lama rasanya xmenaip..ujung2 sem camni bz dengan segala macam project,report, esemen yg smuanya perlukan perhatian sama rata..xsempat menjenguk ke blog sendiri...
Hari ni 25/4/2011...hari ni agak special bagiku...ada makna di sebalik tarikh ini...makna yang cukup besar..hari ni jugak aku berhadapan dgn 1st paper aku utk final exam sem 6..baru je lepas td..hmm agak xperform tp xpela..aku dah usaha sebaik mungkin..moga ada keberkatan di sebalik apa aku usahakan...amin..
Sempat aku berborak tadi dgn seorang sahabat lama aku...one of my best fren kat skolah rendah dulu..pesaing utama dlm akademik...xpernah skalipun aku berjaya naik stage utk no1 sepanjang dia blaja kat skolah aku...lega gila dia pindah skolah time darjah 3 (dulu excited je nak no 1,dapat kotak pensil besar skit) , tapi jauh di sudut hati aku, aku sgt2 merindui kawan aku ni...borak punya borak, menyentuh soal masa depan hidup...prinsipnya, cinta selepas kawin adalah jauh lebih baik...kita semua tau soal tu, cuma kita manusia biasa, yg ada naluri, dan kadang kala terbabas...tp satu ingatan dari kawan aku ni sangat jelas...
"mcm mna nak dpatkan sesuatu yg Allah redha
yg Allah tolong
kalau frm da very beginning pun Allah tak redha"
A very simple statement yg kita smua tau..kita smua blaja...tp kita smua lupa...n kdg2 amik mudah...aku pun tau benda ni..sedar benda ni...tp xdapat dinafikan, aku amik mudah benda ni...kadang2 aku berpikir sorg2...byk salah n silap yg aku wat spjg aku hidup, n most of them aku sedar tu salah...tp aku set kan minda aku, aku manusia biasa yg xdapat lari dari silap...tp dengan set minda macam tu, xberdosakah aku?dan akhirnya aku akur, salah tetap salah dan dosa tetap dosa...
Terpikir aku, mcmna nak dapat berkat ilmu kalau spnjang sem kita slalu ponteng klas tanpa sebab? mcmna nak dapat berkat mak ayah kalau hari2 kita tanya bf/gf kita makan apa sedangkan nak tanya mak masak apa hari ni pun x tertanya?
Ada rasionalnya hujah kawanku tu, betapa indah n berkatnya bercinta selepas kahwin...bak kata satu artikel yg aku pernah baca, "Jika anda memberi seribu alasan untuk bercinta sebelum berkahwin, anda perlu bersiap sedia dengan seribu jawapan utk setiap perbuatan anda sepanjang jalan pilihan anda itu"
Aku juga manusia biasa...sedang mengutip pengajaran dari pngalamanku...
Thursday, April 7, 2011
Sedetik Lebih....
Assalamualaikum....
Sudah terlalu lama rasanya jari-jemari ini tidak menari ligat di muka papan kekunci. Tiada tinta yang dilirik, tiada idea yang tercurah, tiada fikiran yang dilontar. Bukan kerana aku tidak lagi sayang akan penulisan siber, bahkan aku terlalu rindukan ia. Namun hambatan tugasan-tugasanku sebagai mahasiswa acapkali mengheretku jauh dari dunia blog ini. Walaupun blog ini menyepi seketika, ibarat nafas yang terhenti tatkala sakaratulmaut datang menjemput, namun putaran masa terus membawa seribu satu pengalaman hidup untuk diriku.
Alhamdulillah perlahan-lahan hidupku kembali normal. Hasil berkat doaku siang malam, panjatan doa sahabat2ku dan keluargaku terutamanya ibu bapaku, Alhamdulillah mata yang kabur dengan realiti kehidupan itu mulai celik. Keterlaluanlah untuk mengatakan doaku sudah termakbul, sudah semestinya itu bukan dalam nilaianku, namun perlahan2 aku mula melihat dunia dari dimensi yang berbeza. Ahh, masih jauh perjalananku, masih terlalu mentah untuk betul2 mengenal dunia, mengenal isinya. Moga Allah permudahkan.
Aku lahir ke dunia dari rahim seorang wanita bernama Nur Haryati binti Hashim hasil perkongsian hidupnya bersama seorang jejaka tampan bernama Mohamad Marzuki bin Abdullah. Kedua2 manusia ini terlalu besar ertinya bagiku. Ke mana langkahku selepas kehidupan ini, tersangat besar pergantungannya terhadap dua manusia ini. Redha mereka adalah segalanya untuk hidupku. Dulu aku gila, hampir2 berfikir mahu menamatkan riwayatku sendiri kerana tekanan, hampir2 mencelakakan dan mensia2kan seluruh hidupku dek rapuhnya pegangan agama. Namun potrait dua manusia inilah yang mnyuntik kembali kewarasan di fikiranku. Bukan berkongsi untuk menunjukkan kebodohanku (walaupun mmg bodoh pun), tetapi sebagai iktibar penyuluh jalan di fasa gelap kehidupan insan.
Bukan jalanku untuk membuka aib sesiapa, apatah lagi menyalahkan itu dan ini untuk semua yang terjadi. Bagiku, angin kering musim tengkujuh sudah lama meniup pergi debuan dendam kesumat dalam diri ini. Kepada sahabatku yang mungkin berjauh hati dengan soalan2ku semalam, seribu kemaafan aku pohon. Tiada lain niatku melainkan ingin mencari kebenaran. Andai salah perkhabaran yang kudengar, alhamdulillah..namun andai ada fitnah berlaku, aku maafkan semuanya..sesungguhnya,sebagai sahabat,aku sayangkan kamu..maaf andaikata menyinggung. Moga persahabatan kita kekal selamanya.
Malam berganti siang, bulan berganti matahari, aturan Allah yang terus berputar, beredar mengikut ketetapan-Nya. Bila dihitung2 hari, hampir saja kakiku mencecah ke alam 'final year'. Kalau dulu bila saja terpandang abang2 senior final year, terdetik satu macam aura kaget dan kagum melihat orang2 yang berjaya survive...memang..memang xmudah untuk survive..peritnya hanya orang2 yang pernah lalui saja yang dapat gambarkan. Moga aku dan sahabat2 seperjuanganku berjaya graduate bersama2...InsyaAllah..
Kepada seorang insan yang amatku sanjung, moga hidupmu dilingkari rahmat Allah. Sebagai manusia, aku sayang padamu. Moga dirimu bahagia di samping sesiapa sahaja yang selayaknya untukmu. InsyaAllah aku sentiasa doakan kebaikanmu.
Dah penat wat ayat novel, nak switch lak ayat kampung skit..huhu...skrg aku jadi gila men monopoly tiba2..maybe sebab bengang ada budak sorg ni duk canang dia la juara monopoly kat umah sewa dia..disebabkan nak makan McD free, terpaksala aku spend sehari sejam untuk berlatih..i'll make sure u bankrap nanti zaty...bankrap monopoly + bankrap kena blnja McD...hahhaha...sapa suruh berani sangat lawan jaguh...hahaha..
Mata dah ngantuk, leher dah lenguh, perut dah bunyi...tanda2 besar kena masuk tido...nitezzzzz.....Assalamualaikum...
Tuesday, March 8, 2011
BASIC PHOTOGRAPHY : APERTURE
Assalamualaikum semua....
Petang ni terpaksa cancel jog coz rasa sakit lagi kaki ni time turun tangga (lepak lama lg dgn norman pun xpe). So sebab borink xtau nak watpa, sy post 2nd basic of photography which is APERTURE.
Dalam bahasa kampungnya, APERTURE ni sefaham sy ialah luas bukaan lens waktu kita snap. Kalau shutter speed tu laju bukaan lens, aperture plak ialah luas bukaan lens tu. Secara ringkasnya, makin besar bukaan lens, makin banyak cahaya masuk n makin terang gambar.
Untuk pngetahuan semua, keluasan bukaan lens atau APERTURE ( bunyi cam 'ape cer' kan?huhu ) dinilai melalui 'f number'. Makin besar 'f number' makin kecik aperture lens tu sebab dia pkai reciprocal value. Contoh mcm kat atas tu, f16 bermaksud aperture 1/16, lebih kecil dari f2.8 yang membawa nilai 1/2.8. Semakin kecik 'f number' atau makin besar aperture makin mahal lens tu jadinya.huhu..mcm kitlens AFS 18-55mm f3.5-5.6, maximum aperture dia cuma f3.5. Boleh tahanla tp of course lens2 yg aperture f2.8 or f1.8 or f1.4 or f1.2 lebih mahal. Aperture paling besar stakat ni ialah f1.2.
Untuk mengawal aperture lens dalam DSLR, kita ada dua cara. Samada menggunakan A mode (aperture mode) atau M mode (manual mode). Untuk A mode, aperture bleyh dikawal dengan simply roll rolling button kat atas sebelah kanan tu. Bila kita set aperture yg kita nak, shutter speed akan automatically set by our DSLR. Untuk M mode, aperture bleyh dikawal dengan roll rolling button tu jugak tp kena tekan button 'info' dalam masa yg sama. Dalam M mode, kita leyh control shutter speed manually. ( Note that dlm M mode, smua setting adalah manual ).
Sekarang kita tgk lak apa effect aperture atas satu2 gambar. Baru amik td, sori xde view sgt nampak dari bilik sy ni..huhu..
aperture : f3.5
aperture : f5.6
aperture : f7.1
Melihat kepada gambar2 kat atas ni, kita leyh nampak effect of varying lens aperture to the exposure of our picture. Bila pkai aperture besar, cnth cam f3.5 tu pic akan lebih cerah sebab lebih byk cahaya masuk ke dalam lens hasil daripada bukaan lens yang besar. Macamna nak main aperture ni purely bergantung kepada pic mcmna kita nak.
Pic2 wedding yang indoor shot mostly photographer akan berdepan dgn masalah lighting yang kurang. Bleyh je pkai speedlite mcm SB600 or SB900 atau model2 lain tp susah untuk dapat the real colour tone. Yela sbb dah speedlite dah take over kan. So kalau xnak pkai speedlite, kita leyh samada naikkan ISO (makin tnggi ISO makin cerah tapi senang ada noise), atau slowkan shutter speed (risiko gambar gegar tinggi) atau besarkan aperture. Thats why zoom lens yg aperture besar2 mcm f2.8 atau f1.8 harga beribu2. Tapi qualiti mmg terbaik dari garaj la..satu2nya lens yg aperture besar tapi murah adalah 50mm f1.8..rasanya dlm rm400..tp ni fixed lens, mksudnya xleyh zoom in or zoom out. =(
Sbnrnya selain dari efek terhadap kecerahan gambar, aperture bg efek gak kat blur background atau pun bahasa popularnya BOKEH. Yang ni sy citer dalam post2 lepas ni...dah nak maghrib...=)..bawah ni ada preview untuk post BOKEH pasni...jom solat...assalamualaikum..
BOKEH
Monday, March 7, 2011
BASIC PHOTOGRAPHY : SHUTTER SPEED
Untuk post kali ni saya akan citer detail skit pasal one of the basics in handling camera which is your shutter speed. Seperti yg saya sbut before ni, shutter speed ni kelajuan lens dibuka untuk capture gambar. Makin laju shutter speed, makin pendek masa lens dibuka sekaligus mengakibatkan makin sedikit cahaya sempat masuk ke dalam lens sekaligus juga makin kurang exposure sekaligus juga makin gelap gambar anda. (sedih cikgu bm aku klo baca ni...haish.).
orait..kat atas ni paparan belakang nikon D3100. Nombor 1/8 kat screen tu menunjukkan shutter speed camera. Maksudnya lens akan dibuka dalam masa 1/8 second utk didedahkan kepada cahaya. Ni kira agak slow la sebab D3100 bleyh pegi smpai 1/4000 seconds. User leh control shutter speed dengan simply rolling horizontol roll yg kat sebelah atas kanan tu ( ingat utk ubah ke manual M mode ). Rolling ke kanan akan increasekan shutter speed dan ke kiri sebaliknya.
now jom tgk effect shutter speed ni...
shutter speed : 1/5 second shutter speed : 1/160 second
Dua gambar atas ni diambil dgn setting yang sama cuma berbeza shutter speed. Yg sebelah kiri tu pic dia lebih cerah sbab lens bukak agak lama which is 1/5 second berbanding gambar kanan. tapi bila shutter speed slow macam gambar yg 1/5 second tu, efeknya ialah kita xleyh capture motion kipas tu..bila lajukan shutter speed ke 1/160 second mcm gambar kanan, motion kipas leyh dicapture dgn agak sharp tp gambar jd gelap lak sbb lens bukak cepat sgt. So mcmna kita nak main shutter speed, bergantung kepada pic mcmna kita nak...
ni plak setting yang sama macam gambar kanan tadi iaitu 1/160 second tp menggunakan flash..so cerah la pic ni..nampak cam x switch on je kan kipas ni tp sebenarnya tengah pusing no 5 ni...eh..err....abaikan habuk2 yang ada kat bilah kipas tu..at the last, i'm still a bachelor..huhu
hope anda semua faham post merapu ni..tp..persoalannya...utk apa pentingnya shutter speed ni?jom usha pic2 antara yg terawal sy amik pkai dslr kat bwh ni...
Water Droplet ( shutter speed : 1/100 second )
Bruce Lee action ( shutter speed : 1/200 second )
hope u got something today.....
Saturday, March 5, 2011
Step In
asal nama tajuk step in?ntah aku pun xtau...ari ni rasa nak menaip..nak menaip panjang2...sama cam kaki aku..rasa cam nak melangkah je jauh2...bingung dgn apa yg berlaku di sekeliling aku...tadi terbaca blog si dia..haa padan muka skrg emo dah gelong balik...ang p baca watpa hadri oii...hahaha
k2 lupakan..its now for dslr corner..kita starts gdn basic k...ada 3 element yg sgt2 penting dlm fotografi...1. shutter speed 2. aparture 3. exposure.....
secara ringkasnya, dr apa yg otak gelong aku ni faham, shutter speed ni kelajuan lens kita terbukak waktu kita tekan shutter release (butang snap). Makin laju shutter speed, makin gelap gambar sebab cahaya masuk kurang. Lojik la kan sebab shutter bukak sat ja, cahaya xsempat masuk. Tapi shutter speed yg makin laju leyh kurgkan gegaran atau image vibration. So kena pndai2 main ikut situasa..shutter speed utk nikon D3100 bleyh vary dari 1/4000 seconds (paling laju) smpai 30seconds ( paling slow )...kalau tgk org wat light painting (akan diterangkan dlm post2 pasni) yg lawa2 tu org wat slalunya 6seconds ke atas or pkai BULB mode. Nanti free kita try ok.
2ndly, APARTURE. Aparture ni senang citer mcm luas bukaan lens. Untuk dslr, kita leyh control bukaan lens. makin besar bukaan lens makin byk cahaya leyh masuk waktu kita snap. Means that, makin besar bukaan lens, makin tinggi exposure (cerah) gambar kita. Contohnya cam kitlens 18-55mm f3.5 - f5.6.. nombor kat f tu menunjukkan saiz aparture. kalau f3.5 mksudnya luas aparture adalah 1/3.5. dia amik no reciprocal so makin kecik no f makin besar aparture. So maksimum aparture utk kitlens tadi ialah f3.5. Selain itu (pergh bm aku!) aparture jugak berperanan dalam menentukan blur background. Perasan x pic2 yg gambar object sharp n gambar background blur (mostly pic2 potrait)? haa makin besar aparture makin sharp object n makin blur background. My target pasni nak amik primelens utk potrait AFS 35mm f1.8..aparture dia sgt besar, 1/1.8..so sgt sesuai utk potrait dalam environment yg kurang cahaya mcm dlm umah n sebagainya...bagus utk wedding events.
then we come to the final basic part which is exposure. It is actually the combination of shutter speed and aparture. dua benda ni yg menentukan exposure sesuatu gambar. erk..lupa nk bgtau..exposure ni cam berapa byk kita expose lens kita kat cahaya. makin tinggi exposure makin cerah gambar kita. kalau makin slow shutter speed or makin tinggi aparture, makin tinggi la exposure (kalau xfaham ayat ni baca balik 2prenggan kat atas..huhu). exposure ni actually xde nilai2 tertentu utk situasi2 tertentu..depend kepada apa yg kita nak dr situasi tu..
ok rasanya smpai stakat ni dah la..byk lab report nak kena wat..huhu..hope u can learn something..assalamualaikum..
night scene taken with 6seconds shutter speed..lens bukak selama 6saat thats why kita leyh nampak cahaya lampu keta jd cam light trail tu.
Friday, February 25, 2011
assalamualaikum
lama rasanya xupdate blog...sepanjang masa tu jugak, mcm2 berlaku dlm hidup aku...byk benda sedeyh n mengecewakan dlm hidup aku skrg, tp xperlu aku citer kat sini...cukuplah aku katakan yang aku yakin Allah bersamaku...insyaAllah...moga setiap seorang dari kawan2 ku hidup dalam rahmat Allah...amin...

ari ni sabtu 26/2/2011....aku nak kuar g mid dgn kwn2..nak setel bil celcom yg still tertunggak, nak shopping skit2...lama rasanya xkuar...asyik termenung je kat bilik..huhu...
aku rindukan family aku kat kg...ntah bila leyh balik kedah..sgt2 rindu..hope Allah pjgkan umo aku utk jumpa family aku...insyaAllah...
ari ni nak citer pasal kamera...aku ade beli dslr bberapa bulan lepas (kes frust cinta punya pasal)...lebih tepatnya 3/12/2010...model nikon D3100...dengan kitlens 18-55mm f1.8...sedikit description pasal kamera ni, 14.2 MP, 11 focus point, iso leyh smpai 12800 iso n mcm2 lagi..xigt sgt technical description dia...tp sgt best camera ni...smpaikan aku rasa nk upgrade beli potrait lens..huhu...sabar wahai hati....mcmna aku leyh tetiba minat dgn photography???
persoalan tu agak rumit...dulu ex aku suka bergambar,tp pkai kamera hp je..dia slalu merungut dia xnampak cantik dlm pic tu..dlm diam,aku simpan hasrat nak beli kamera..usha punya usha, sorg member aku(ajis) suggest beli dslr...canon 1000D 2nd hand rm1000..waktu tu syg duit lg..so tahan la kejap..kumpul punya kumpul, alhamdulillah cukup..aku survey2 tenet, terpandang nikon D5000 rm 2600..igt nak beli..tp time tu aku start ada prob dgn ex aku...kepala kusut hidup serabut, terlupa kejap pasal dslr..bila aku dah btul2 stress,asyik kurung diri dlm bilik, time exam aku nekad nak beli dslr..time tu nikon D3100 bru smpai malaysia...pas exam trus beli..sbb niatnya mengharap dslr ni akan wat aku lupakan ex aku ( even langsung xtercapai niat tu..aduh..).
aku beli rm2000, even murah dr D5000 tp rating lagi tinggi coz D5000 mahal sbb ada tilt LCD...now i'm a nikonian...=) .. hope hobi ni akan relaxkan otak aku, dlm masa yg sama leyh tunjuk betapa cantiknya alam anugerah Allah ni kat kawan2 lain..
alhamdulillah..smua benda yg jadi dalam hidup aku ada hikmahnya...cuma menunggu masa hati ini redha dan ikhlas dgn smua yg berlaku...hanya Allah sebaik2 penyembuh...insyaAllah...
Monday, February 7, 2011
Allah...istajibu dua' ana Ya Allah...
Allah...Kau pulihkan kesihatannya Ya Allah..belaskanlah dirinya sepertimana Kau belas kepada hamba2-Mu yg beriman Ya Allah...kuatkanla segenap tubuhnya, kembalikan kudratnya, moga2 dia dapat meneruskan rutin hariannya...Allah...Kau ampunkanlah dosa2 kami..jadikan dugaan sakit itu sebagai kifarah penebus dosa kami Ya Allah...Kau balasilah kesabaran kami ini dengan ketebalan iman yang bertambah Ya Allah...Allah...sesungguhnya aku tidak arif dengan hidupnya skrg Ya Allah...bahkan aku tidak tahu khabar beritanya Ya Allah...kuatkanlah hati aku meneruskan hidupku...peliharalah hidupnya Ya Allah..peliharalah hidupnya...peliharalah hidupnya...amin...Ya Rabul Arsy...
Sunday, January 30, 2011
new aim
salam semua..minggu lepas aku n kawan2 aku dapat offer dari dean, " complete your degree then we'll send u to UK for your master..but try to get 1st class degree, then we'll send u to germany or u can jump to PHD but just in UM la..haha..we want to see muslim talent here...."
tiba2 rasa berminat...=)...insyaAllah aku leyh dapatkan apa yg aku impikan..but b4 that, aku nak pinang someone n bwk dia skali.....insyaAllah...
Wednesday, January 26, 2011
tik tok tik tok
hidupku berjalan seperti biasa...kadang2 ada gangguan dalam diri ( selalu sebenarnya..huhu ) tapi aku kena adil utk diri sendiri...aku xkan biar lagi hadri yg lama tu pegi lebih jauh...aku terlambat sedar, yg kadang2 impian kita xsama dengan org lain...n apabila impian kita melibatkan org lain, kdg2 kita perlu melupakan impian tu...insyaAllah, dia akan bahagia dgn jalan yg dia pilih...aku doakan...n untuk aku, aku akan wat yg terbaik utk diri aku...aku akan laksanakan janji2 aku kat diri aku sndiri..wanna be somebody someday...wanna build my own empayar....everything can be achieved by knowledges, effort n doa...i'll never say i can't anymore..
utk jangka masa pendek, ni masanya utk pemulihan hati n jiwa..insyaAllah sedikit demi sedikit aku akan berjaya..eventhough ada kawan2 aku yg bertanya itu n ini, bercakap bukan2 pasal aku, yup hati slalu terguris dgn cakap2 org yg berbagai, tp bak kata ejal, now is the perfect time to reveal the true frens..ada member yg tikam belakang, ada member yg bg sokongan...aku pernah wat salah, aku slalu wat salah, thats why aku perlukan2 org2 yg aku syg utk bantu aku...bukan mnjauhkan diri dr aku...bukan ke tu maknanya kehidupan? xpe...at least, dalam usia aku mencecah 21tahun, byk yg aku blaja...alhamdulillah ya Allah...syukur...
mak, e dah wat sedaya upaya utk selamatkan apa yg e cuba selamatkan...mak, e dah ilang harapan...insyaAllah mak...e janji dengan mak...e akan cari diri e balik..mak jangan risau lagi ye...e tahu mak selalu tnya ayu, e camna ok x, e sedih2 lagi x, e jaga makan x....ayu slalu crita kat e betapa mak risau..e mintak maaf mak..e cuma cuba tebus silap e, e byk wat silap mak...tapi e xdapat cari apa yg mak mintak e cari, toleransi...e gagal mak...mak, e perlukan barakah doa seorang ibu...ia hanya datang dari mak, xde tempat lain e leyh mintak...mak doakan e, moga2 e redha dugaan2 hidup e..doakan e semoga e tergolong dalam org2 yg belajar dr kesilapan...btul ckp org, hanya mak n ayah yg akan selalu dgn kita wlaupun at the lowest point of our life..n semoga e akan jadi seorang ayah sebaik ayah..insyaAllah..tu tekad e...
moga hari ini lebih baik dari hari semalam, n smoga esok datang dengan seribu kecemerlangan, hari lepas biarkan dalam kenangan, hnya pengajaran jadi pedoman..insyaAllah...
11.01 a.m 27Jan2011.....
Tuesday, January 25, 2011
keseorangan
pernah tgk citer mr.bean tv3? perasan x b4 start, kan de lagu tema mr.bean..n kat ujung lagu tu, mr.bean terjatuh n spotlight suluh dia...haha...aku rasa aku mcm tu skrg..terjatuh, n berseorangan...
x sepatutnya aku rasa mcmni...kawan2 aku, family aku sntiasa cheer up aku..member2 slalu ajak aku lepak, xnak aku duk sorg2..tp aku je malas kuar, nak duk sorg2 dlm bilik..nape?hmm..maafkan aku kawan2..ni la hadri yg korg knal..maafkan aku...
xlama lagi no 013351**** n 013368**** akan diterminate...dah lama aku delay terminate no ni..dgn harapan keajaiban akan muncul...tp sayang...aku hidup dalam impian...impian aku yg dah lama ilang, tp aku berpura2 wujud utk sedapkan hati aku...kini aku terpaksa telan hakikat, yg aku dah kehilangan hidup aku....Allah..ampunkan aku...
ptg ni kawan aku ajak g lowyat teman dia usha lens...dalam keadaan mcmni, rso giler aku...ada gaya2 aku nak wat keje giler beli macro lens bribu2 ni...mudah2an hati aku tenang n leyh pk secara waras...tp, klo dah minat, apa salahnya kan?aku pun dah xde tmpat nak abiskan duit n enjoy lagi...beli macro lens tamron SP 90mm, snap kaki2 semut, wat stiap org yg tgk terpegun dgn kebesaran Allah, itulah nikmat dlm hidup aku...
hadri, grab urself a grip..Allah, give me a tough foothold so that i wouldn't slip again...Allah, plz strengthen my heart...only You is the best place for me to cry on...
Tuesday, January 18, 2011
SETULUS KASIH SECEBIS DOA...
xtau nk tulis ape...xtau nak ckp ape..tiba2 rasa sebak..tiba2 rasa sesak nafas..nape bertimpa2 dugaan dtg?nape brita2 buruk yg kerap singgah dalam hidup aku?masih kuatkah aku utk bertahan?masih mampukah aku snyum utk org lain....Allah...kuatkan hatiku...kuatkan semangatku..mudah2an aku tak putus harap dgn hidupku sendiri ya Allah..
Allah..andai ini doaku yg terakhir, aku sujud kepadaMu ya Allah, Kau tundukkanlah keinginanku ini..Kau tutupkanlah firahku ini...Allah, Kau kurniakan dia insan sebaiknya..jgnlah Kau biarkan dia kesedihan..sesungguhnya kesedihannya kelukaan bagiku ya Allah...amin..Ya Rabb Al-Amin..
Monday, January 17, 2011
musang...
aduyai..dah pkul 1.30am tp xleyh tdo lagi...apehal dgn mata aku ni...nak follow mogok badan ke?hmm..haa nak share smthng...video ni tiap2 ari berbelas2 kali aku tgk sejak berbulan2 dah..xjemu2..ntah napa...sgt best, sgt mnyentuh prasaan aku..=)..papepun..layanzzz...kurangkan kontroversi tingkatkan cgpa..
lelong2...
cute kan ubat2 kat atas ni..xpernah2 aku dapat ubat sebanyak ni..haha..thanks din and asma a.k.a pharmacist and future doc...n tahniah korg dah cple..mudah2an berkekalan beb...patutla ang tgk aku semacam ja waktu asma belek2 jari bengkak aku even pkai sarung tgan..dah dpt kat ang dah rupanya asma tu..haha...hope xsedih2 dah pasni k..haha...thanks skali lagi, tp sori, aku xsnggup nak g mintak mc lagi..ade pun xpkai ar...jgn rso, nanti kebah la ni...sian amik masa angpa...n din, sori nyusahkan ang nak songlap ubat2 klinik ang ni..haha...malam ni aku makan byk2 k..=)..thanks frenz..
45seconds
45seconds...tp sgt menghepikan aku..nape ek?ntahla...bergetar dada dgr suara dia...tringin nak dgr lebih lama tp dah nak masuk lab time tu...then ntah nape dia xreply msg dah...hmm xpela..sy doakan hidup awk...insyaAllah
skrg dah pkul 6pm..xlama lagi malam melabuhkan tirai..aku xsuka..sbb aku ni spesies kalau demam, malam mmg panas mcm ape lagi..ni pun dah start sengal2 badan balik...camne nak jmpa jiran aku ni...adui..xpe2, asalkan dia bwk pcm sudahla..hehe..
mcmna lemah pun kita, senyumla utk org lain..insyaAllah kebahagiaan org lain akan menguatkan kita utk terus hidup..mudah-mudahan..=)
Sunday, January 16, 2011
MC MC MC
ari ni aku dapat mc dua ari dari klnik um..1st time g klinik tu trus dapat mc..huhu..dr cakap ni dah tahap demam panas ni, patutnya kena tahan wad..nasib baik bijak mengelak..syg sgt nak tinggal klas..insyaAllah masih larat nak g klas...cuma sian mak..riso sgt2 smpai awal2 pagi dah kol tnya panas lagi ke x..nak bgtau takut mak rso,nak tipu xbaik lak...malam ni jiran aku nak dtg tgk2 panas aku...siap nak supply ubat lagi..haish nyusahkan org tol aku ni...
demam rindu ke ni ek?hmm mcmna aku nak lupakan dia sdgkan waktu2 mcmni pun sntiasa igtkan dia...rasa nak kol sgt2 tp aku takut nak ganggu hidup dia...teringat2 dia marah2 aku dlm fb, dlm fon...aku xnak ganggu mood dia lagi dah tapi...hmm...rindu ni satu penyeksaan...Allah..kalau ini yg terbaik utk hidupnya, Kau kuatkan diriku mnghadapi smua ni....amin...
k its time to take my medicine..hope Allah bless my effort..igtnya nak makan dulu tapi xde selera wlaupun lapar...ntah bila last aku makan berat2...no wonder la dah trun 4kg dalam 2minggu..huhu..dulu dia slalu marah klo xmakan..dia xsuka aku kurus balik mcm f5 dulu..hehe..dulu kdg2 rasa rimas gak bila dia slalu paksa makan nasi la ape la, tp skrg aku sgt2 rindukan bebelan dia...Allah...
dah 11.36am skrg..nak tdo jap b4 zohor..hope leyh peluhkan badan n kurg skit panas ni...agak rso bila tgk jari2 aku sikit bengkak n rasa sengal2..hope sementara je...amin....jom tdo!!!
tido...
semangat gila aku awal2 td nak tdo pkul 11..last2 pkul 1 pun xtdo2 lagi..tgh tunggu air masak siap..nak kena makan actifast..dah xtahan sgt panasnya ni..bestnya kalau kat umah time2 ni..mak mesti watkan milo panas n bg panadol..mum..really miss u..=(
long kena tahan wad lagi nmpknya..mak ckp badan long panas balik...hurm..mudah2an long cepat sembuh..
longlai je rasa badan aku...perut cam dah xde isi, smua dah kuar td..loya sgt2, tekak perit, mata pedih, bdn panas...aduyai..esok lak klas penuh smpai ptg...hurm...ponteng??=) tidak sekali-sekali..
yosh!! aku nak lwan simptom2 dlm badan aku ni..nyah lah korg wahai virus2..jgn smpai aku telan ridsect, mati korg nanti..bek blah cpat2...
it getting worse..
dah masuk ari ketiga aku telan ubat klinik..tp mcm makin teruk je..tekak kering, tgan menggeletar, badan panas, mata berair..xkan sebab aku men badminton smlam demam makin teruk ni??
Allah..kalau ni ujian dari-Mu, golongkan aku dalam kalangan org2 yg bersabar dan bersyukur atas nikmat ujian dari-Mu..jangan Kau campakkan aku dalam golongan yang rugi..
Saturday, January 15, 2011
senyum itu satu anugerah
aku rindu senyuman dia..=)..maybe aku dah xdapat nak lihat senyuman tu lagi, tp aku sntiasa doakan snyuman tu sentiasa bersama dia..amin..
but now, sape plak yg aku suka tgk tersenyum?yup...everytimes org2 or member2 aku tersnyum tgk pic2 aku (even xcantik), tersenyum tgk pic2 candid diorg, terpegun tgk keindahan alam yg aku rakamkan, alhamdulillah..itu satu kebahagiaan buatku..btul la ckp mak..membuat orang lain tersenyum tu sgt2 membahagiakan...alhamdulillah..may Allah bless us umat rasulullah..
teringin nak shoot sunset pantai..tp short of time n of coz money restriction as well..insyaAllah masanya akan dtg..=)..
p/s : pantai port dickson nampak sunset ke?adoi lemah tol geografi..sian cikgu laila..=(
panas!!!
berita harian hari ni : rumah flet rm200,000 menjelang 2015......jom kupas
beb, umah flet tu kowt..klo umah flet yg 5tahun lepas harga rm25,000++ nak nek 10kali ganda menjelang 2015, agak2 kita nanti nak duk mana?itu baru umah...klo hartanah naik, harga barang akan turun ke?jangan harap beb..cnfirm2 smua makan kukus je nak jimat duit minyak masak..petrol jgn cakap la..org keje besar2 pun jangan harap nak duk bandar..susah..isu ni agak membimbangkan since saya n mayb saudara-saudari (peergghh bajet ade org bace blog aku!!) merupakan generasi zaman ni...so apa tindakan kita utk bersedia?taraf hidup melambung,gaji asyik kena potong...suami isteri keje pun xpasti leyh tampung ke x keperluan hidup..kos pendidikan anak2 pun makin mahal..senang ckp, xde duit ko senyum jela tepi jalan...yup duit bukan segalanya,tp segalanya memerlukan duit..(ayat ni aku prnah nmpak kat toilet awam kat cameron..huhu)...
sini saya list cadangan2 saya yg saya namakan....PELAN TINDAKAN TERDESAK:
1 - tangguh kawin..ade umah ade keta bru kawin..rasional?kos kawin xkan meningkat mendadak mcm kos beli umah..
2 - suffer dulu dalam 10tahun pertama keje..kumpul at least setahun rm5ribu..so 10 tahun rm50,000..utk ape?baca bawah ni..
3 - kumpul member2 lain2 bidang..bidang2 tu depend kepada rancangan keusahawanan antara korg n member2 korg..do smthng..make use of ur specialities for ur own self instead of ur boss
4 - if everyone of u can pump in around rm30,000 to set up ur bisnes, juz see how much u can have..if still insufficient, draft ur plan n apply bank loan
5 - remember...all of that steps can become a reality if u carefully plan from now..never forget this, u need a strong team here..with 10years experiences, creative ideas, great plans, u can achieve what ever u are dreaming now...but of course, u need to sacrifies ur own life for these...this is the main difference between a boss n his staffs..
p/s : see..bukan susah nak ngarut dalam blog..=P
selamat 16hb jan!!
alhamdulillah semuanya selesai..penat sgt2..mana x nya,dpt tido sejam setengah je pagi td..bangun subuh trus g tasik perdana dgn member2..wlaupun letey, alhamdulillah dpt shoot keindahan tasik perdana...satu taman yang penuh kenangan..=)
insyaAllah nanti akan diupload pic2 kat sana..tp xbyk la..sini xmuat nak letak byk2..huhu...pernah berangan nak bwk dia g situ pas beli dslr..tp jodoh xpjg..terbayang2 dia nak kejar angsa yang takut tgk gigi dia tu..haha..she is so cute..err..i mean angsa tu..=)
pasni nak mandi then nak rest sementara tunggu zohor..ptg ni nak watpe ek???who knows..let Allah arranges my steps..=)
penat...
dah pkul 3.30am tp xtido2 lagi..bru balik men badminton,sgt2 penat tp alhamdulillah, rasa lega skit lepas kuarkan peluh..kalau la dosa2 kita leyh kuar mcm peluh ni kuar...tp its not that easy right..
subuh dah dekat,ada lgi 3jam je nak tdo...esok pagi2 pas subuh teman kawan joging lak..xpela penat skit, asalkan member2 hepi..thats life...
alhamdulillah nampak si dia dah dapat lupakan aku n hidup hepi skrg...jadi stalker gak aku, usha fb dia, usha blog dia..huhu..tgh cuba kurgkan stalker2 ni..thats why fb kadang2 deactivate...seboleh mungkin xnak gangu kebahagiaan org lain...insyaAllah, aku doakan yg terbaik untukmu..=)
hmmm..abg aku masuk wad ari ni..demam panas n kurg garam..risau sgt2 aku..hopefully smuanya aku..long, i'll pray for ur health n happiness..amin
Allah..berkatilah perjalanan hidupku, keluargaku, sahabat andaiku...Kau rahmatilah guru2ku yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..golongkan aku dalam kalangan org2 yang sabar..kuatkan hatiku untuk berubah ke arah kebaikan..bantulah aku ya Allah..amin..
Monday, January 10, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)